Wednesday, 20 August 2014

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi



Bahan-bahan:
1 kg ayam - potong 10 bahagian
4 cawan santan -sedang-sedang cair & pekatnya
2 batang serai - diketuk
garam / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
1 genggam cili padi - anggaran 20-25 biji
2 inci kunyit hidup

Hiasan : 
hirisan daun kunyit

Cara:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
2. Masak dengan menggunakan api sederhana sehingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat.
3. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
4. Padamkan api dapur.
5. Hidangkan segera dengan taburan hirisan daun kunyit.

No comments:

Post a Comment