Daerah utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang :
1) Kejan - Suruh/minta buat sesuatu dengan segera atau tak sabar sabar.
Contoh ayat : Menyampah betul lah dengan bos ni, dah la kita sibuk, dia
pulak dok kejan suruh cepat siapkan kerja dia."
2) se belit - buat sesuatu sekejap. " Jom kita main snooker sebelit sebelum balik." Contoh ayat.
3) liau - merayau-rayau . "Oi, hang nak pi liau mana tu"?
4) mentekedarah - Bahasa kasar menunjukkan makan dengan gelojoh atau
menengking seseorang dalam keadaan marah seperti "Hang mentekedarah la
sorang2." Kasarnya bunyi.
5) Melingkup - berlalu pergi atau merambus. Nak tengok contoh ayat? " Dia dah melingkup pi dah, lepas aku maki hamun dia tadi.
( Kalau perkataan lingkup saja, maknanya rosak.)
6) Loi (cara sebutan nya "loy" ) Makna nya slow dalam satu satu kerja ataupun lembab.
7) Getu makna nya cubit.
8) Raplah (loghat Penang) maksudnya kelam kabut ataupun memberi masalah.
9) Sua makna nya bagi : "Tolong sua sat air tu kat saya."
10) Gerek makna nya basikal.
11) Hemoi makna nya bersikap bersahaja atau buat tak tahu walaupun kita
tahu orang tak suka kepada kita, atau orang tak mahu melayan kita, kita
tetap melayan orang itu.
12) tungap maknanya mati. Selalunya digunakan untuk binatang. Contoh ayat," Alahai, tungap pulak anak ayam aku ni."
No comments:
Post a Comment